Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2010



Pada
hari ini Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS 2010 telah
dirasmikan oleh Pn Guru Besar SK Tikam Batu, Pn Pauziyah binti Shafie.
Beliau diiringi oleh Tn Hj Mohd Yasin bagi menyempurnakan Majlis Watikah
Pelantikan tersebut. Aturcara majlis tersebut diadakan di tapak
perhimpunan iaitu dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa,
nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah dan ucapan guru bertugas.
Selepas ucapan guru bertugas daripada Pn Siti Fatimah Baharum, Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas PSS pun dirasmikan dan
disempurnakan oleh Pn Guru Besar. Kemudian bacaan Ikrar oleh Ketua
Pengawas PSS diikuti oleh pengawas-pengawas PSS yang lain. Semoga
dengan adanya majlis ini dapat menambahkan lagi tanggungjawab
murid-murid terhadap diri sendiri dan juga sekolah.
No comments:
Post a Comment